Redha Trackers
salam warah matullah....
Alhamdulillah dengan limpah dan kurnianya, aku masih diberikan kesempatan untuk hidup pada hari ini, dan dengan nikmat dan kurnia ini juga aku akan ditanya apa yang aku lakukan untukNYA..astaghfirullah aku sering lupa dan lalai ketika mana aku dihiasi dengan perasaan selesa tapi di luar sana masih banyak manusia yang 'sakit'..ayuh mari kita bersama
muhasabah diri...
Redha Trackers
Alhamdulillah...wa syukurillah..
Allah itu maha penyayang dan pengasih akan hamba-hambanya,
ingin memanggil manusia kepada Allah bukanlah sesuatu yang senang,
hati seseorang itu haruslah senantiasa hidup dan cintakan Allah,
setiap detik dalam hiduppnya perlu diabadikan kepada Allah semata-mata,
jika dia mengatakan Allah itu maha penyayang adakah benar di hatinya benar-benar mendambakan kasih dan sayang Allah selalu,
atau dia hanya mendamba perhatian manusia,
adakah dia benar-benar ikhlas memanggil manusia kepada Allah hanya semata-mata kerana Allah...atau dia hanya memanggil manusia kepada dirinya..
benda ini yang tiba-tiba menyentap dadaku ketika mana aku merasakan jauh dari orang yg sedang aku panggil...
biarlah saja dia jauh dariku asalkan hatinya sentiasa hidup mengingati Allah,
kerana aku bukan memanggil manusia untuk sentiasa mengingatiku,
tapi aku memanggil manusia untuk mengingati Allah...astaghfirullah...ampuni aku ya Allah...