Redha Trackers
Salam warahmatullah...

lama rasenya aku x menulis di blog ni, Alhmdulillah harini aku masih lagi dibangkitkan dalam keadaan beriman dan masih sihat, sedangkan kalu nak diikutkan amalanku dan dosa-dosa yang aku lakukan x layak pun untuk aku diberi nikmat sebegini banyaknya...betullah sebenarnya kita ni bukanlah hidup atas usaha-usaha kita semata-mata tapi atas rahmat dan kasih sayang Allah jugaklah kita masih hidup sehingga harini, tapi apa yang aku dah lakukan untuk Allah??

nak berkongsi sedikit harini tentang satu ayat dari Quran;-

Wahai bani Israil! ingatlah nikmatKu yang telah Aku berikan kepadamu. Dan penuhilah janjimu kepada-ku, niscaya Aku penuhi janji-Ku kepadamu, dan takutlah kepada-Ku sahaja. 2:40

Apa janji kita pada Allah? segala arahan dan laranganya, adakah kita penuhi janji kita nak jadi hamba dan khalifahNya diatas muka bumi ni?

ada seseorang share jika kita menjaga hak2 Allah seperti solat, puasa, zakat,menundukkan pandangan, menjauhi maksiat etc. InsyaAllah Allah akan menjaga hak2 kita contohnya ;-

1) keperluan kita
2) anak2
3) pasangan
etc

kadang2 kita terlalu risau, eh cukup x duit aku ni sampai hujung bulan ni?
eh esok nak makan apa?
eh camne kalau bakal suami aku x soleh?
eh macam mana ank2 aku nnt?
eh macam mana nak survive lagi 20 tahun ni?
eh macam mana nak dapat duit banyak ni?
etc...
kita dipenuhi dengan pelbagai soalan yang x pasti sedangkan ada satu cara je untuk memastikan semua ni yakni dengan bertakwa/menjaga hak 2 Allah dalam kehidupan seharian kita.

tapi yang paling PENTING skali bukanlah 3 list yang di atas tu, yang paling penting is
Allah menghidupkan dan mematikan kita dalam suasana islam, subhanallah...

betul sangat benda ni sbb bagi seorang muslim tu apa yang paling berharga dalam hidup dia bukanlah
duit/harta/pasangan/study/
tapi adalah iman....

sebagai konlusinya maka marilah kita menjadi seorang mukmin yang sejati yang sentiasa menjaga hak2 Allah dalam kehidupan seharian kita amin....

p/s; doakan saya terus istiqamah untuk menulis-comment dan pandangan sangat dialu-alukan

Redha Trackers