dah selesai exam pada 1 june yg lepas,dah selesai pun pergi summer camp di ireland yang sangat best, Alhamdulillah dah selesai kemas barang (dlm bilik je la), Alhamdulillah dah banyak nikmat yang Allah beri, x terkira rasanya, dan sekarang nikmat yang sangat besar iaitu nikmat masa lapang, nikmat yang juga adalah ujian yang besar sebenarnya, dalam waktu lapang ni, aku merasakan lebih susah untuk mendapatkan khusyu' dalam solatku, astaghfirullah..ampuni aku Ya Allah...
hatiku terasa kosong, bimbang syurga dan neraka semakin pudar dan jauh dariku, bimbang dunia berjaya mengejarku dan memeluk erat diri kerdil ini,bimbang aku hanyut dengan perasaan sendiri yang merasakan diri serba cukup, bimbang segala-galanya..Ya Allah hanya padamu Aku memohon, tiadalah daya upaya aku melainkan dengan rahmat dan kasih-sayangMu Ya Allah....
Alhamdulillah dengan limpah dan kurnianya, aku masih diberikan kesempatan untuk hidup pada hari ini, dan dengan nikmat dan kurnia ini juga aku akan ditanya apa yang aku lakukan untukNYA..astaghfirullah aku sering lupa dan lalai ketika mana aku dihiasi dengan perasaan selesa tapi di luar sana masih banyak manusia yang 'sakit'..ayuh mari kita bersama muhasabah diri...
seringkali jahiliyyah menghantui hidup ku... seringkali juga aku menepisnya jauh2... aku sedih.. sebab aku x boleh membenci jahiliyyah itu... tapi apa yg mampu aku katakan adalah.. apa yang disisi Allah itu lebih baik buatmu Hakimah.. Wahai diri bertahanlah... bersabarlah.. hidup ini adalah perjuangan.. dan perjuangan x kan berhenti selagi kau belum menemui Kekasihmu itu.. ya Allah kau maha mengetahui keadaan hambaMu ini.. aku lemah tanpa Mu ya Allah.. berikanlah aku kekuatan ya Allah... untuk aku menemuiMu dan menatap wajahMu... dan aku merasa redha akan keadaan diriku sebagaimana Engkau meredhai aku....
tahun baru dah pun tiba tanpa aku sedari,tapi Alhamdulillah..Alhamdulillah wa syukurillah..
Allah masih beri kesempatan buat diri ini untuk mengejar syurgaNya yang mahal itu..banyak perkara dah berlaku tahun lepas..suka duka dan bermacam2 lagi.semoga pengalaman yg lepas buat diri ini lebih matang untuk menghadapi tahun baru ini..Amin...
salam, buat semua yg mengenali diri ini dan juga yg tidak... harapan semoga blog ni dpt memberi manfaat kpd diri dan sesiapa jua yg membacanye..sabarang teguran atau pendapat dgn segala hormatnye dipersilakan...hihhi