Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..
dah selesai exam pada 1 june yg lepas,dah selesai pun pergi summer camp di ireland yang sangat best, Alhamdulillah dah selesai kemas barang (dlm bilik je la), Alhamdulillah dah banyak nikmat yang Allah beri, x terkira rasanya, dan sekarang nikmat yang sangat besar iaitu nikmat masa lapang, nikmat yang juga adalah ujian yang besar sebenarnya, dalam waktu lapang ni, aku merasakan lebih susah untuk mendapatkan khusyu' dalam solatku, astaghfirullah..ampuni aku Ya Allah...
hatiku terasa kosong, bimbang syurga dan neraka semakin pudar dan jauh dariku, bimbang dunia berjaya mengejarku dan memeluk erat diri kerdil ini,bimbang aku hanyut dengan perasaan sendiri yang merasakan diri serba cukup, bimbang segala-galanya..Ya Allah hanya padamu Aku memohon, tiadalah daya upaya aku melainkan dengan rahmat dan kasih-sayangMu Ya Allah....

Post a Comment